
Menuju Ke Arah Kegemilangan
Kerajaan Akan Meneruskan Pembangunan Industri Kreatif
Industri kreatif merupakan salah satu sumber penting dalam pertumbuhan ekonomi dan percambahan budaya bagi negara-negara maju. Oleh itu, kerajaan menyedari bahawa rakyat negara ini mampu menjadikan industri kreatif sebagai sumber pekerjaan dan pendapatan negara, seterusnya mencapai sasaran ekonomi negara berpendapatan tinggi. Kreativiti merupakan sesuatu yang berasaskan bakat, kebolehan yang dirancang secara bersepadu oleh individu atau kumpulan dengan mengambil kira nilai-nilai seni dan budaya tempatan serta penggunaan teknologi bagi menghasilkan produk yang berkualiti bagi memenuhi pasaran.
INDUSTRI KREATIF DI MALAYSIA
Industri Kreatif Sumber Penting Pertumbuhan Ekonomi
Industri Kreatif Wajar Dimajukan
Peluang Pekerjaan Telah Diwujudkan
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengatakan bahawa kerajaan akan meneruskan untuk menekankan pembangunan industri kreatif yang boleh berpotensi menyumbang kepada satu Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) lebih tinggi pada masa hadapan. Beliau berkata pada masa ini, industri kreatif Malaysia hanya menyumbang 1.3% kepada KDNK berbanding negara maju, seperti Amerika Syarikat, Korea Selatan dan Jepun yang menyumbang sehingga 7% kepada KDNK. Selain menyumbang kepada KDNK, beliau berkata industri kreatif juga akan memperkenalkan identiti sebuah negara kepada dunia luar. Selain itu, beliau berkata kerajaan memilih menyokong dan membantu industri kreatif supaya dapat membantu menterjemahkan kreativiti rakyat Malaysia ke arah satu industri mampan dan berdasarkan satu model perniagaan yang boleh memberikan pulangan yang baik. Tambahan lagi beliau, walaupon tindakan ini berisiko tetapi ia perlu memberi peluang dan mengambil risiko membina bakat bellia tempatan.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat KRU, Norman Abdul Hakim, menyatakan bahawa industri kreatif di negara Malaysia sedang menuju ke arah kegemilangan khususnya dalam penerbitan kandungan kreatif dan kemahiran dalam bidang teknologi menggunakan perisian dan juga hardware dalam penerbitan kandungan khususnya dalam bidang sains visual dan juga animasi.
Dasar Industri Kreatif Negara mengatakan bahawa industri kreatif ini adalah salah satu sumber penting dalam pertumbuhan ekonomi dan percambahan budaya di negara-negara maju. Sebagai contoh industri ini telah menyumbang sebanyak USD$3 trilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Amerika Syarikat. Dalam perspektif ekonomi dan sosiobudaya Malaysia, industri kreatif ini memberi sumbangan sebanyak RM9.4 bilion kepada KDNK negara pada tahun 2008 dan menurut KDNK negara ia berpotensi menjana ekonomi berpendapatan tinggi serta memartabatkan budaya bangsa.
Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak berkata pada bajet 2010 dalam memacu negara ke kemuncak kemajuan, kreativiti dan daya pemikiran di luar kotak perlu di cambah dan dirangsang. Lantaran itu, industri kreatif wajar dimajukan lagi untuk menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. Industri ini meliputi seni persembahan dan muzik, reka bentuk, animasi, pengiklanan dan pembangunan kandungan.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyatakan, sebanyak 2,113 peluang pekerjaan telah diwujudkan oleh MSC Malaysia di dalam subsektor tersebut tetapi Malaysia masih kekurangan tenaga pekerja yang berbakat. Oleh itu, ini menunjukkan bahawa sektor animasi mampu menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi negara kerana berpotensi menjana pendapatan lumayan menerusi industri kandungan kreatif.
My Channel

