top of page

ANIMASI 

Animasi pertama

Animasi pertama telah dihasilkan pada tahun 1901 dan dicipta oleh seorang lelaki bernama Walter Disney. Walter Disney dilahirkan di Missouri, Amerika Syarikat dan membesar di ladang gandum tetapi mempunyai minat yang sangat tinggi dalam bidang lukisan. Hampir setiap hari Walter Disney melukis pelbagai jenis haiwan yang dilihatnya. Minat yang mendalam melalui bakat semulajadi telah menjadikan Walter Disney dikenali ramai. Walter Disney telah Berjaya menghasilkan sebuah filem kartun bagi sebuah syarikat yang bernama 'Laugho-Gram' bertempat di Kansas selepas menjadi seorang pelukis iklan sebagai kerjaya permulaannya.. Nama Walter Disney mula dikenali ramai setelah menghasilkan watak Mickey Mouse pada 1928 serta watak Donald Duck pada 1934. Kedua-dua watak kartun rekaan Walter Disney menjadi popular dan dikenali seluruh dunia sehingga kini.

Hello Kitty

Merupakan salah satu dari watak fiksyen yang dihasilkan oleh syarikat Jepun Sanrio

Walter Disney

Animasi merujuk kepada statu paparan visual yang bersifat dinamik. Ianya juga merujuk kepada suatu proses menjadikan sesuatu objek agar kelihatan hidup atau memberi gambaran bergerak kepada sesuatu yang pada dasarnya adalah statik. Animasi merupakan antara elemen multimedia yang paling diminati serta mendapat perhatian ramai kerana ianya mampu menzahirkan sesuatu fantasi manusia ke alam realiti.

Dengan pencapaian serta sambutan yang menggalakkan, Walter Disney seterusnya menghasilkan beberapa filem animasi antaranya Snow White and The Seven Dwaff pada tahun 1937, Pinocchio pada 1940 dan Bambi pada 1942. Sekitar tahun 1964 pula, Walter Disney telah menghasilkan sebuah filem yang menggabungkan watak animasi dan pelakon sebenar (manusia) melalui filem Mary Poppins selain menggunakan hanya watak kartun di dalam filem-filem animasinya. Walt Disney Pictures telah ditubuhkan sempena namanya yang telah beroperasi bagi mengeluarkan pelbagai filem animasi dan menjadi satu jenama yang kuat dalam menguasai pasaran seluruh dunia..siri animasi popular yang sebahagian daripadanya masih disiarkan di kaca televisyen sejak berabad lamanya.

© 2017 by Zafifah Zahari

bottom of page