top of page

ANIMASI TEMPATAN
Penerbitan animasi tempatan sudah bermula sejak tahun 1946 lagi menerusi penubuhan Malayan Film Unit (MFU) (sekarang dikenali sebagai Filem Negara) menerusi filem animasi pendek pertama, Hikayat Sang Kancil yang disiapkan oleh seorang pereka set bernama Anandam Xavier. Walaupun disiapkan pada tahun 1978, animasi itu hanya ditayangkan kepada umum sempena Hari Raya Puasa pada tahun 1983. Filem animasi pendek ini menggunakan teknik animasi sel (lukisan di kertas) yang diarah Hassan Abdul Muthalib.
Animasi pertama
Kebanyakan filem animasi pendek terbitan Malayan Film Unit (MFU) seperti Sang Kancil dan Buaya, Gagak Yang Bijak, Singa Yang Haloba, Arnab Yang Sombong lebih berkisar pada proses pendidikan dan pembentukan kesedaran sama ada dalam kalangan kanak-kanak mahupun dewasa. Silat Lagenda hasil daripada Hassan pada tahun 1998 adalah filem cereka animasi pertama menggunakan sistem bunyi Dolby Digital Surround. Selain itu, filem animasi pertama yang menggunakan suara latar beberapa artis terkemuka tanah air seperti Noor Kumalasari dan Datuk Jalaluddin Hassan. Filem ini mengisahkan lima remaja yang menemui lima belah keris yang pernah digunakan pahlawan Melayu pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Silat Legenda diberi Anugerah Khas Juri untuk filem animasi Malaysia yang pertama di Festival Filem Malaysia ke-14 pada tahun 1999..
Antara animasi yang popular pada sewaktu ketika dahulu ialah Yusop Sontorian, Kluang Man, Kampung Boy, Anak-Anak Sidek, Saladin : The Animated TV Series dengan kerjasama antara MDec dan saluran televisyen kanak-kanak Al-Jazeera serta Upin & Ipin. Filem kartun Upin & Ipin dipindahkan ke layar perak dan mencatat sejarah tersendiri apabila mengutip sebanyak RM6.8 juta pada 2006.
bottom of page
