top of page
Sektor animasi adalah antara sektor yang mempunyai potensi besar dalam menjana ekonomi negara dan Malaysia dilihat sudah mula mengorak langkah dalam menggalakkan penglibatan industri dalam bidang ini, terutamanya dalam penerbitan siri dan filem animasi serta pembangunan permainan video. Dalam forum Managing the Impact of the Economic Crisis on the ICT Industry yang bertempat di Hotel Hilton, Kuala Lumpur pada 12 Mac 2009 yang lalu, Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDEC), Dato’ Badlisham Ghazali menyatakan bahawa inisiatif untuk mengeksport kandungan kreatif ke luar perlu diambil perhatian kerana nilai pasaran globalnya sangat besar. Bagi sektor animasi sahaja sehingga tahun 2010, nilai pasaran globalnya dianggarkan mencecah sehingga RM280 bilion dengan pasaran utamanya ialah negara-negara seperti Jepun, Amerika Utara dan China. Ini menunjukkan pasaran global bagi sektor ini sangat besar. 

SEKTOR ANIMASI

© 2017 by Zafifah Zahari

bottom of page